Sunday, July 24, 2011

Saba' yang bersyukur

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun."

Saba':15

Bait bait cuplikan dari Prof Hassan Hayastani.

William R. Roff (1974) telah memperlukiskan identiti orang Kelantan sebagai: “The Islamic State of Kelantan, in the north-east corner of mainland Malaysia bordering southern Thailand, has existed as a locus of power in the peninsular for the least a thousand years.”
Malah Kelantan turut disebut dalam kebanyakan tulisan kesusasteraan awal, dengan menghadirnya tokoh- tokoh besar yang disenyapkan lantaran sikap politiknya seperti Kadir Adabi, Yusuf Zaki dan lain-lain.
Ini disokong oleh Pendeta Prof. Ismail Hussein (1989) yang turut mencatat di Kelantan sudah lama tumbuh suatu penghidupan keintelektualan dan kesusasteraan yang sama suburnya, yang sedikit diketahui orang hari ini.
Kuasa mereka merubah landskap politik negara yang saya kira hanya tercapai dengan ilmu dan kesedaran adalah antara perkara yang perlu dicontohi. Tidak dapat tidak pemerhati pemerhati luar yang jujur pasti mengakui bahawa mereka telah merasai banyak perubahan positif yang tidak terdapat negeri lain.

Jadilah Kelantan Saba' yang bersyukur!



0 comments: